Diwujudkan hasil inisiatif Graduan Diploma Akauntansi (DAT) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur sesi Januari dan Julai 2006 yang bertujuan mengerat dan mengekalkan silaturrahim antara graduan DAT dalam usaha memajukan POLISAS serta komuniti setempat. Ditubuhkan pada 11 November 2009 dengan ahli-ahlinya terdiri daripada bekas pelajar DAT sesi kemasukan Jun 2003 dan Januari 2004 sahaja.
'PERSAHABATAN DIRAPATKAN, UKHUWWAH DIJALINKAN'
Friday, March 05, 2010
JALAN-JALAN CARI MAKAN WITH FRIENDS DAT POLISAS '03/'06
Pada 14 Februari 2010 (Ahad) lalu, pihak kami telah menganjurkan satu pertemuan bersejarah yang pertama kali menemukan bekas pelajar kelas DAT 6A & DAT 6B Polisas (sesi Januari 2006). Program mulai pukul 11 pagi tersebut diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan disertai oleh 12 orang yang mana kesemuanya telah dibawa untuk melawat Taman Monumen TTI berkenaan. Bayaran tiket masuk yang dikenakan adalah RM 15 untuk dewasa dengan setiap orang diberikan buku passport pelawat dan kupon makan RM 3. Untuk makluman, Taman Monumen TTI tersebut menempatkan 21 monumen masjid-masjid yang agung dan termasyhur dari seluruh dunia antaranya Taj Mahal di India, Masjid Nabawi, Masjid Negara, Masjid Al-Hambra di Sepanyol dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei.
Wednesday, March 03, 2010
Redang Island
Kpd ssape yg ingin mrancang percutian ke Pulau Redang, Terengganu di sini kami ingin syorkan pakej murah & terbaik yg ditawarkan oleh Ping Anchorage Travel & Tours, Kuala Terengganu. Sbarang kemusykilan plez contact 09-6262020.
Subscribe to:
Posts (Atom)