'PERSAHABATAN DIRAPATKAN, UKHUWWAH DIJALINKAN'

Saturday, November 14, 2009

REUNION 2010!

Assalammualaikum. Salam 1 Malaysia!
Terima kasih atas segala maklum balas dan sokongan dari anda semua. Kami ingin memaklumkan bahawa perancangan untuk mengadakan REUNION DAT POLISAS BATCH 2003-2006 sedang rancak sekarang ini.
Jika semuanya berjaya dan berjalan dengan lancar, pihak kami akan mengadakannya di satu tempat peranginan yang terkenal iaitu di CAMERON HIGHLANDS. Tarikhnya adalah sempena cuti perayaan TAHUN BARU CINA 2010 iaitu pada 12/02/2010 -14/02/2010 (Jumaat - Ahad).
Bayaran yang dikenakan akan diberitahu kelak dan ianya tidak membebankan anda semua. Segala urusan pengangkutan dan penginapan akan dibincangkan nanti. Namun, bagi yang mempunyai kenderaan sendiri adalah dinasihatkan membawanya secara berkonvoi yang mana ianya akan bermula dari dua destinasi iaitu dari Kuala Terengganu & Kuantan dan akan berkumpul di Gua Musang untuk sesi taklimat. Seterusnya, konvoi akan menuju ke Cameron melalui jalan Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands. Di sana, akan terdapat pelbagai program, aktiviti dan lawatan seperti ke ladang teh, strawberri & taman rama-rama yang akan dirancang demi kegembiraan dan kepuasan hati anda semua.
Kepada anda yang mempunyai komen, idea dan cadangan amatlah dialu-alukan demi menjayakan program julung kali ini.TQVM

No comments:

Post a Comment